Monday, November 8, 2010

BAGAIMANA UNTUK MENGAWAL STRESS


            Masalah di tempat kerja, kesesakan lalulintas dan kesibukan melayan kerenah anak – anak di rumah amat memeningkan kepala. Kadangkala tension jadinya. Dalam erti kata lain, anda sebenarnya mengalami stress atau tekanan.

            Stress merupakan penyakit emosi yang tidak dapat dipisahkan di dalam kehidupan kita. Pada umumnya, stress ialah ancaman terhadap individu. Ia lahir daripada perubahan luaran atau dalaman yang melebihi keupayaan individu untuk mengendalikannya sehingga menjejaskan kehidupan harian. 

1.                 Sokongan Sosial daripada keluarga, rakan sekerja dan ketua.
2.                 Mengubah persekitaran, tindakbalas dan persepsi. Kenal pasti tempat baru yang akan dituju agar dapat mengurung stress.
3.                 Menanam tabiat yang dapat meningkatkan rintangan terhadap stress. Contohnya, mengamalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang, mengimbangi kehidupan kita dan melakukan kerja secara tenang.
4.                 Ambil masalah yang dihadapi secara positif. Contohnya, anggaplah segala musibah yang datang sebagai penghapus dosa. Kesedihan, kesusahan di dunia adalah kegembiraan di akhirat.
5.                 Meluahkan perasaan  dan berkongsi masalah.
6.                 Mengendalikan perasaan dan masalah secara berkesan.
7.                 Melakukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan.
8.                 Membentuk jaringan sokongan yang baik, pengurusan masa, perubahan persepsi dan menerima kenyataan.
9.                 Mengimbangi aktiviti.
10.             Ubahsuai prinsip hidup.
11.             Menerima stress sebahagian dari hidup.         
              

2 comments:

pelangi kasih said...

stress mmbahayakan...

MUJAHID DAKWAH said...

sbab itulah perlunya kita mengawal stress