Friday, January 28, 2011

Salahuddin Al-Ayubi


Apa itu Kalimah Allah


Apa itu Kalimah Allah
Allah itu nama yang menghubung denga zat. Zat sendiri tidak bernama..sekadar nama buat manusia kenal hubungan hamba dengan pencipta. (yang bernama itu makhluk) Kalimah allah ialah kalimah kemuliaan. Kalimah ini duduknya didalam kalbu manusia tanda dimuliakan Allah. kalau kalimah ini ditulis diatas kertas, didinding, buku, kitab atau sebutan dibibir, itu sekadar kalimah memuliakan Allah tetapi tidak dimuliakan oleh Allah. Kalau kita tidak dimuliakan allah, ertinya kita adalah golongan sesat. kerana itu syaitan, iblis, kristian, yahudi, menggunakan kalimah ini.
Maka sebab itu lafaz lailahaillah hendaklah wajib diikuti dengan amalan menyebut nama allah dan mencari kalimah allah dikalbu tanda iman.itulah bezanya orang beriman dan orang islam munafik, fasiq dan musyrik.

Apa itu munafik :
Mereka melakukan tipu daya terhadap Allah, beribadah untuk dilihat orang, ibadah solat, puasa sekadar pakaian tetapi hati mereka tidak menyebut nama allah bahkan sedikit sahaja kalau sebut. Ibadah orang ini bertujuan untuk mendapatkan sesuatu samada untuk mendapat nama, pangkat, sebutan, atau ibadah untuk mengumpul pahala.
Orang-orang ini apabila tiba bulan ramadhan atau hari jumaat mereka sibuk kemasjid untuk bersama orang beriman tetapi dibulan lain mereka amat malas untuk melakukan solat. Untuk kenali mereka mudah sahaja, pergilah ke masjid2 dimalam hari ketika bulan ramadhan.
Lihat pada hari jumaat, masjid yang biasa nya lengang di waktu-waktu lain, tiba-tiba menjadi sesak. Ini lah orang-orang munafik yang ibadah amalnya kerana satu sebab. Padahal tujuan hidup itu 100% untuk beribadah kepada allah. Bukan tunggu hari jumaat atau bulan ramadhan sahaja.

Apa itu Fasiq :
Fasiq ialah orang yang beribadah tapi tiada ilmu iman. Ibadah secara adat, ikutan, keturunan tanpa ujud iman dihati(kalbu). Golongan ini yang paling ramai dikalangan umat islam. Orang lain puasa, zakat, haji mereka turut ikuti, tetapi meraka tiada hubungan kalbu dengan rohani. Kalau kalbu tidak berhubung dengan rohani artinya ibadah pakaian sekadar feeli(gerak geri, perbuatan), kauli (perkataan, bacaan) tetapi tidak diikuti denagan kalbi(hati) yang mengingati dan menyebut nama Allah setiap masa didalam apa jua keadaan.

Apa itu Musyrik.
Musryik ialah orang yang mengaku Allah itu satu, atau Allah itu tuhan tetapi mengangkat satu-satu makluk setaraf dengan Allah. Golongan ini yang paling ramai didalam neraka tanpa mereka sendiri sedari.
Ada yang musyrik secara terang-terangan dengan berdoa kepada patung-patung, memohon hajat kepada kuburan, meminta bantuan pada jin, khadam, iblis atau syaitan. Atau yang musyrik tanpa disedari dengan mengangkat kerajaan dapat menjamin kesejahteraan Negara, menanggap pemimpin dapat memberikan kehidupan yang lebih terjamin, menganggap satu-satu makhluk itu berkuasa seperti peralatan canggih dapat menjamin kemenangan, mengangkat sesama makluk sebagai jaminan keselamatan, ubat dapat menyembuh, dan banyak lagi unsure-unsur syirik yang ada dikalangan umat islam itu sendiri tanpa disedari.
Dengan syirik yang dilakukan ini, mereka boleh menjadi kafir kerna telah melupakan setiap sesuatu terjadi semata-mata kerna izin Allah.

Benarkah Aku Mencintai-Mu?

Saudara ku,

Bayangkanlah tatkala waktu yang berputar saat ini akhirnya terhenti. Bayangkanlah tatkala kepala kita semua akhirnya tertunduk menyesali setiap detik yang telah berlalu dan jiwa pun menjerit meminta kembali untuk diberi kesempatan berbuat kebaikan. Saat-saat di mana gelak tawa akan berganti dengan tangisan. Saat-saat di mana diri kita akhirnya terjaga dari tidur panjang penuh mimpi yang tidak kita sedari selama ini.

Saudara ku,

Rasa cinta yang tulus akan membangkitkan semangat dalam hati. Rasa cinta yang tulus akan memicu setiap sel darah kita bekerja maksima hingga anggota tubuh mempersembahkan yang terbaik untuk sesuatu yang kita cintai. Semua bergerak tanpa sebuah paksaan dan berlaku layaknya sebuah kebiasaan yang telah mendarah daging hingga rasa letih hampir tak pernah kita pedulikan. Peluh yang mengalir, darah yang mengucur, semua malah menjadi hiasan yang manis dalam bingkai sebuah bentuk dari cinta itu sendiri.

Namun alangkah teririsnya hati, tatkala begitu banyak kenyataan jika rasa cinta hanya tinggal sebuah rasa, sebuah kata tanpa wujud dari rasa dan cinta itu sendiri dan kita pun salah menempatkannya. Begitu berat rasanya untuk mengatakan ini, bahawa cinta yang benar akan melahirkan kesungguhan berbuat, kemantapan hati tanpa rasa bimbang dan keraguan. Cinta yang mengalir yang bukan sekadar mengandalkan logika rasional-[karana sesungguhnya akal itu terbatas]-melainkan sudah dibekali keyakinan iman yang menhunjam jauh di dasar relung hati.

Saudara ku,

Tidak takut kah kita jika sekiranya perkataan cinta kita selama ini adalah dusta? Tidak takut kah kita jika sekiranya kata cinta yang terucap selama ini tidak lain hanya sekadar pemanis kata, tanpa makna dan hakikat mencintai itu sendiri? Cukup kah bagi kita berkata tanpa amal, mengaku tanpa bukti dan mencintai tanpa pengorbanan?

Ya Allah Ya Rabbiy…
Jadikan lah cinta kami kepada-Mu merupakan sebenar-benarnya bentuk cinta sejati…
Bukan hanya di lidah, namun jauh menusuk di relung hati..
Sehingga tiada yang lain yang kami cari..
Dan tiada kami bergerak, menggeliat, berkata dan berucap
selain agar Engkau ridho dan mengasihi kami

Ya Allah Ya Rabbiy…
Jadikan lah orang-orang yang kami kasihi saat ini..
sebagai perantaraan bagi kami untuk semakin mencintai dan mendekati-Mu dalam arti sebenarnya dan bukan malah sebaliknya…

Ya Allah Ya Rabbiy…
Bangunkan lah kami dari tidur panjang ini
Sehingga kami tersedar dan mendapati, bahawa sesungguhnya Engkaulah maksud dan tujuan kami dan ridho-Mu lah yang kami cari…

peringatan buat yang lupa

Kita diperingatkan oleh Allah SWT di dalam al quran

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
9:71

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Sesungguhnya membantu saudara seislam yang diserang, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuhnya adalah merupakan satu tuntutan ukhuwah. Tuntutan ukhuwah di Dalam Islam tidak mengenal batas-batas Negara, bangsa dan keturunan. Selama mana seseorng itu mengucap kalimah syahadah maka dia ada saudara dalam Islam yang wajib dibela dan dipertahankan. Jika dia disakiti dan dianiaya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk merawat, menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan kesakitan tersebut dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya.

Warkah Buat Kaum Adam

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu..... 

Wahai Adam..

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan. Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam..

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Wahai Adam..

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara. 

Wahai Adam..

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya. 

Wahai Adam..

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku? 

Wahai Adam..

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Wahai Adam..

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa? 

Wahai Adam ..

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah. 

Wahai Adam..

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu... Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..... Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam... Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu..... wahai ...ADAMku......

Wanita Ciptaan Istimewa

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya

Sunday, January 9, 2011

Tawaran Kehidupan

Ketika matahari pagi menyingsing, dengan sinarnya yang menerangi bumi seolah menggambarkan sebuah harapan yang terbentang luas bagi kehidupan saat itu. Saat pagi terbuka tabirnya, manusia lebih banyak memiliki kesempatan untuk berbuat bagi dirinya maupun lingkungan. Semua berjalan, dan tanpa disadari, ternyata waktu begitu cepat berlalu dan meninggalkan kita. Dan tak terasa bahwa senja telah tegak berdiri untuk menyambut datangnya kegelapan malam.

Masih terngiang segar dalam ingatan tentang masa lalu, sewaktu kita masih asyik-asyiknya bermain dengan teman sepermainan, masa-masa sekolah yang dilalui dengan banyak cerita manis khas remaja, saat dimana kita mulai mengenal watak dunia yang menggoda, yang berisi tentang lawan jenis, materi kehidupan, hingga sebagian dari kita mungkin pernah jatuh dan masuk perangkapnya.

Barangkali, sebahagian dari kita pernah melalui fase-fase seperti itu, dimana keadaan lingkungan lebih banyak menawarkan bentuk dan nilai-nilai yang jauh dari nuansa spiritual religius. Akhir zaman seolah tiada bosan untuk menawarkan kehidupan yang melenakan, yang menjauhkan banyak insan untuk mengingat kematian, hal benar dan nyata yang paling dekat dengan tiap diri, dan kitapun lebih memilih untuk membelinya tanpa berpikir panjang dalam pertimbangan keimanan.

Tanpa pertimbangan keimanan, kita jual sisa umur kita pada foya-foya, bermegah-megah, saling berbangga atas berlimpahnya harta, jabatan, prestise, pada cerita-cerita tentang banyak hal yang tak bermanfaat, Sehingga kita semakin cinta dan merasa terluka ketika satu diantaranya lenyap dari hadapan daripada lenyapnya kenikmatan dan kemanisan ketika bermunajat dan beribadah kepada Alloh SWT, Zat yang hakikinya memberikan ketenangan.

Bertanyalah pada hati kecil kita, apakah hal yang sesungguhnya mendatangkan keabadian rasa dan kenikmatan dalam kehidupan? benarkah apa yang telah ditawarkan dunia dengan segala isinya tentang kenikmatannya?