Thursday, March 10, 2011

Mood dan Warna


Adakah “mood” anda selalu berubah-ubah? Mungkin ini disebabkan warna baju yang anda pakai! Tanpa kita sedar, warna boleh mempengaruhi perasaan kita sama ada secara fizikal atau mental. Ini penting untuk diingati, terutamanya bila anda ingin menghidupkan “mood” yang tertentu. 


Biru: 
Menandakan rasa damai, tenang, stabil, penuh harmoni, perpaduan, kepercayaan, kebenaran, keyakinan, sifat konservatif, keselamatan, kebersihan, keadaan teratur, kesetiaan, langit, air, kesejukan, teknologi dan rasa murung. Biru dianggap warna untuk bisnes kerana ia mencerminkan sifat boleh dipercayai. 


Hitam: 
Mewakili kuasa, seksualiti, keanggunan, sifat rasmi, kecanggihan, kekayaan, misteri, rasa takut, kesedihan, fikiran yang dalam, gaya, kejahatan, penyesalan, kemarahan, kematian dan keadaan berkabung. Ia juga warna teknikal yang baik. 


Hijau: 
Merupakan salah satu warna yang paling digemari. Ia mewakili alam semulajadi, persekitaran, kesihatan, tuah, masa muda, pembaharuan, semangat, musim bunga, kemurahan hati, kesuburan, rasa cemburu, kurang pengalaman, rasa dengki dan nasib kurang baik. 


Jingga: 
Adalah campuran kuning dan merah. Jingga dianggap warna hangat tapi lebih sejuk dari merah. Jingga menunjukkan tenaga. Ia mempunyai sifat berkilau, jadi ia sering digunakan untuk menarik perhatian, contohnya di papan tanda keselamatan. 


Ungu: 
Menandakan warna diraja, kerohanian, martabat yang tinggi, misteri, pertukaran, kearifan, kesedaran, kekejaman, keangkuhan, dan keadaan berkabung. Ungu dianggap warna luar biasa. 


Merah: 
Merupakan warna paling hangat dan bertenaga di dalam spektrum. Kita mengaitkan merah dengan cinta, Hari Kekasih, bahaya, sifat berahi, kelajuan, kekuatan, keganasan, kemarahan, tanda-tanda kecemasan dan darah. 


Putih: 
Mewakili rasa hormat, kesucian, kebersihan, keamanan, rasa rendah diri, sifat ringkas, kemurnian, masa muda, kelahiran, musim sejuk, salji, kebaikan, kemandulan dan perkahwinan. 


Kuning: 
Mewakili kegembiraan, kebahagiaan, sifat optimis dan idealis, imaginasi, harapan, cahaya matahari, musim panas, emas, falsafah, sifat tidak jujur dan pengecut, rasa cemburu, keinginan, penipuan, penyakit, bahaya, semangat dan ilham 

0 comments: